pertemuan semalam
aku menatap kaku pada cahaya mencurah masuk ke jendela angin lembut menyelak rambut ditelinga masih pedih dan merah menyala luka di belakang bahu ku menggalas derita kepada dia tak ku kenal ku kirim cerita duka kualirkan titis air mata dalam kisah nestapa hari ini kita ketemu dalam duka yang menggeliat resahku renungan mata yang tajam membakar kecewa dulu aku keliru dalam renungan itu membawa aku jauh ke layar rindu yang asalnya cuma hanya mahu ketemu hari ini esok dan nanti bila kita ketemu lagi aku sebenarnya lebih memilih untuk bersendiri kerana kau dan aku punya cerita mereka tidak tahu apa kerana aku punya cinta walau masa baru seketika kerana aku bukan siapa siapa kau pula milik yang nyata hanya aku yang membuta kerana aku tahu esok lusa tiada pengakhiran kita dan esok aku harap kau membenci aku hapuskan senyum dari bibir yang berkelana pilu kembalilah kau pergi bersama asalmu biar aku sendiri seperti biasa dulu biar lupus "azam" ku mema...