Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Miskin

Baju sehelai Esok pakai Ulang lagi Lusuh nampak hati Si miskin tuli Pada hinaan duniawi

Bunuh kau habis habis

tetak Biar retak Kelar Biar calar Hiris Sehalus bilis Lumat Demi dendam kesumat Mati kau  Bayar dendam bertahun

Kudrat kakak

Dari rumah sewa sekecil tandas luar rumah Sebulan seguni kakak beli tanah Lima tahun kumpul tanah dalam payah Terkumpul 60 guni tanah Kakak hilang 60 seri wajah Dari rumah sekecil tandas di luar rumah Kakak kumpul tanah Bikin rumah untuk mama dan ayah Habis kudratnya sendiri memerah Terbina rumah buat mama dan ayah Tersergam indah Dua tingkat mewah Sedang di setinggan kakak berumah Kakak sinonim dengan tabah

Orang kita

Orang kita suka berkias Isi satu, ayat panjang berbelas Orang kita santun berkias Sampai cakap jadi berpulas pulas Orang kita cakap manis Suara halus mulus Tapi dalam sinis Orang kita belum tahu jadi telus tulus

Memang tak boleh

Hari ini aku tulis nota dari hati "Bila aku mati nanti Kau ambil perakam atas almari Tanamkam dalam kubur aku nanti" Esok aku gantung diri Perakam merakam atas almari Bila kau balik nanti Biar terakam kau punya aksi Ketawa atau meratapi Kasih atau benci Dalam kubur tu nanti Aku mainkan dan tengok seorang diri Biar aku tau kau punya hati Dari dulu aku keliru sendiri Kau kasih atau benci Kalaulah boleh Tapi memang tak boleh Tunggu saja dari Allah jawapan akan peroleh

Susu apa kau minum

Teringin nak tanya kau teruk teruk Susu apa kau minum agak agak Mulut kau cukup busuk Masa kecil aku minum susu ibu kandung Takkan kau minum susu anjing Itu pasal kau suka menyalak Biadap sampai hati aku senak Susu apa kau minum sampai jadi biawak? Persis setan layak ditimpa balak!

Kerja ke buat kerja?

"Abang pergi kerja sayang Cari duit untuk sayang" Hai kenapa malam bukan siang? Kerja bila semua orang dah pulang? Cari rezeki waktu keluar jembalang? Ada setan jawab di belakang "Dia pergi mencurang Cari perempuan jalang"

Melayu malu ke mahu

Orang melayu Macam pohon semalu Malu malu gitu Kerja halal malu Maksiat mahu Orang melayu Selalu terlajak perahu Nikah kemudian kahwin dulu tuding jari "kamu,kamu" Habuan mulut semua palsu Orang melayu Merempat tepi tepi jalan tu selalu!

3 tahun berturut turut

Ulangtahunku yang lepas Kau kirim hampas Dari jijik laku yang jauh terbabas Maaf..hatiku jatuh terhempas Tak ada yang indah untuk ku ulas

Ganggu

Maaf mengganggu Bukan menunggu Cuma terkenang masa lalu Bukannya rindu Apalagi mahukan seperti dulu Maaf aku ganggu kamu Aku pun tak mahu

Terima kasih

Terima kasih Hari ini kau bagi aku wang Bagi aku jumpa kawan Pusing sana sini jalan jalan Bila bosan berhenti makan Jumpa dari pagi sampai malam Beri aku masa untuk diluang Terima kasih abang

Coretan rindu

malam ini begitu kusut bagiku sedang rinduku padamu kian punah berdarah terasa lemah kalbuku menahan getar rinduku ini mengapa terlalu berat cinta ini hingga tak terpikul dek jasadku yang longlai ini mengapa begitu utuh rindu ini hingga menghempap jiwaku lantas,dalam keterdesakan rindu padamu sungai air mataku kian gelora membuak dalam dakapan syahdu apa dibenakku??kosong.. yang nyata,wajahmu kain menyeru jiwaku dalam kepiluan rindu yang mendsesak ini aku hanya mampu menatap ruangan wajahmu yang tidak nyata aku hanya bisa mencium harum yang kau tinggalkan padaku walau ia semakin pudar aku hanya bisa mencoretkan rindu ini pada helaian kertas yang kosong dan aku hnaya mamapu menangis lantas menunggu malam datang lagi membasahi malam dengan airmata airmata rindu padamu!!

Nur iman Danisha balqish

Imej
Aku takut kalau esok atau lusa Aku dijemput malaikat ke sana Siapa pula tempat kau bermanja Kemana pula kau luah rasa Aku tak dapat bayangkan Kalau nanti kau yang pergi Kemana aku nak curah rasa duka Pada siapa aku nak minta sesuci doa Kerana kau lah segala gala Harta yang aku punya Wajah yang aku cinta Hanya kau,Danisha..

Istana pasir

Imej
Kau kata mahu bina istana Indah di tepian pantai Bersungguh kau cerita Berpeluh kau bina Kau ukir nama kita Kau tak fikir gelora datang kaut semua? Kau tak kisah kerja kau sia sia? Kau tak kisah buang masa? Yang datang bukan gelora badai  rupa rupanya Kau kata tak apa Kau akan bina lagi Aku tak mahu Sebab ianya akan tetap sama Bina dan runtuh Sebab olahannya takkan pernah kukuh Apalagi ditepian badai. Kau cuma bina untuk sementara Kau hanya tabur mimpi belaka

Cuma terkenang

Ku palingkan wajah duka Sorok airmata Biar angin lalu mengeringkannya "Ya..saya.." wajah ceria yg ku hulur Bila kau panggil aku Dalam senyum yg kau takkan curiga Kau takkan kesan air mata Kubisikkan pada angin "Diam diam saja,jangan biar dia tahu" Aku cuma terkenang

Tak mahu kau tahu

Ku kutip helaian rambut yang gugur Penuh sarat di bantal dan tilam Berterbangan di lantai Berserabut di sisir Dan makin tiada di kepala Entah bila aku akan dipanggil Esok atau lusa

Perubahan

Air laut makin surut Harmoni angin makin susut Musim kasih jua telah luput Nyiur melambai di tepian juga reput Gelora benci kian menjemput Segalanya menjadi kalut Semuanya kian teragut Dan luka hati  terhembus di mulut Damai laut menjadi ombak kasih yang terugut Akhirnya air jernih kotor menjadi selut

Jadi syaitan

Dulu seminggu sekali basuh telekung quran sentiasa ada dalam beg sandang Dulu berbaju panjang Kaki litup berstoking Sekarang telekung bersawang Tersidai tersadai tak dipegang Quran entah kemana hilang Tudung panjang dah jadi selendang Malu nak pakai yang panjang bila tak sembahyang Quran pun dah tak pegang Sesat dan hilang Pergi tak pulang Ikut arus melintang Terkejarkan bayang bayang Walau tahu itu sebenarnya jembalang!

7 pagi 7 malam

Jam 7 pagi dari tiga tinggal seorang Memang sepi berulang ulang Tunggu semua pulang Jam 7 malam dari seorang jadi tiga Sama saja sepi tak ubah seperti seorang saja.. Lebih baik tiada

Aku penipu besar

Aku andaikan kau tak pernah wujud Aku kata pada hati kau cuma mimpi Kau bukan realiti Kau datang kau pergi Aku andaikan kau angin lalu Dan jelas aku sedang berbohong Aku hipokrit dengah hati sendiri Kerana kau aku jadi pembohong besar Menipu hati dan fikiran sendiri Sedang airmata tak pernah henti Aku sedang menipu diri sendiri

16 jam yang sepi

16 jam kau tunggu Aku lihat dari luar 16 jam kau korban Sebab esok yang terakhir 16 jam kau buang Hanya ingin dekat 16 jam airmata tak henti 16 jam terakhir kau pandang aku sepi 16 jam terakhir Aku tahan airmata di tepi kali 16 jam terakhir Kita pergi Tak pandang pandang lagi Kerana kita telah berjanji Pilih jalan ini...

Sudut terakhir

Di tepi tasik Melunjur kaki Meneropong teratai Bicara tentang kita Itulah kali terakhir melihat kamu kali terakhir bicara tentang rindu Sudut mata memandang tepat ke hati Kerana kita tahu..itu yang terakhir..

Sekali lagi

Sekali lagi Kau pasti menyesal. Sekali lagi Kau pasti meratap Sekali saja lagi kau buat Tak ada maaf Selamat tinggal

Kau fikir apa?

Aku paling benci orang yang suka salahkan orang Kau ingat kau paling gemilang Dan semua orang macam jembalang?

Buaya dan biawak

Awak Saya Berawak saya Saya buaya Awak biawak Bercinta dalam laknat Tuhan

Masa kau tinggal aku di belakang

Tadi Kau bawa satu kereta Aku bawa satu yang aku punya Menuju destinasi kita Aku tak tahu jalan mana Kau kata ikut kau saja Aku angguk dan kata "Jangan laju laju nanti aku hilang jejak tak nampak di mata" Kau kata kau takkan laju Kau takkan tinggal aku Pelan pelan saja Di jalan raya besar penuh kereta Aku takut tak terkata Aku cuma ikut di belakang Kau makin menghilang Sampai tak nampak bayang Aku kejar kau dengan kereta bagai nak melayang Jantung aku bagai nak terbang Tidak apa..sendirian aku cari jalan pulang Sendirian aku cari simpang Makin lama makin tak goyang Sampai juga ke destinasi Kau dah sampai dulu yang pasti Kau kata kau tak perasan aku hilang di belakang Aku kata terima kasih sebab masa kau tinggal aku tadi petang Aku belajar jadi matang Aku redah jalan melintang Aku belajar bertenang Dan tanpa kau pun aku boleh pulang Siap dengan terjumpa jalan yang kurang panjang Kau tak tahu Masa kau tinggal aku Aku belajar macam macam perkara ...

Nasib esok

Makan kenyang kenyang dulu Esok belum tentu

Tidur saja

Kau suka tidur Tidur berdengkur Seharian tidur Doalah moga cepat ke kubur Lama lagi kau boleh tidur

Temujanji kita

hari ini hari minggu kita Bersandar di sofa dua Lampu tutupkan semua Pegang tangan berdua Aku sandar di dada Tv di depan kita Tengok wayang di rumah saja Macam ini lebih selesa Biarkan kita lena di sini saja Harap esok ada lagi kesempatan kita

Kalaulah mampu

Aku mimpi Kalau nanti semua puisi hati dikumpul dalam sebuah buku puisi Boleh aku kata nanti "Apa rasaku semua di dalam ini" Orang lain baca singkap tirai hati Aku puas dan berbesar hati

Kawan

Kawan Sebenarnya aku rindu kau Rindu nak sengetkan mulut depan kau Besarkan hidung jelirkan lidah depan kau dan kau tanya "Kau dah kenapa" Lepas tu kita ketawa Aku rindu nak merajuk Rindu nak jalan pimpin tangan Rindu semua

Kamar mandi

Bilik kecil Kamar mandi Bukan sekadar air hujan Tapi penuh air mata Tutup pintu Buka paip kuat kuat Nangis perlahan lahan Biar air mata bercampur air hujan Jatuh bersama terus ke loji Tak siapa yang nampak Tak mungkin orang tahu Keluar kamar mandi Senyum dan kata pada mereka yang lihat "Sejuknya air hari ini" Esok nangis lagi Dalam kamar mandi Penuh rahsia sembunyi

Gadis malang

Si gadis berambut ikal panjang Lerainya sampai kepinggang Bukan sekali bukan jarang Tapi tak pernah di belai sayang Hidup hanya mengejar bayang bayang hatinya tak pernah pulang Jiwanya telah hilang Si gadis berambut ikal panjang Cantik..tapi malang Hidupnya tak di sayang orang Cintanya tak pernah menang

Tidur dulu

Tidur dulu kekasih hati Esok jumpa lagi kemas tilam Singkap tirai Seperti semalam yang renyai Tidur dulu kekasih hati Kalau esok aku tiada di bahu atau disisi Cari aku di sudut dapur atau dikamar mandi Tidur dulu kekasih hati Andai esok aku tiada atau mati Andai esok aku tak lagi di sisi Tanamkan aku di dalam hati Abadikan bayangku di setiap sudut rumah ini Tidur dulu kekasih hati Moga esok aku belum mati Moga esok kita jumpa lagi

Aku punya

Ini kertas aku Pen ini milik aku Kata kata ini dari hati aku Cerita ini dari rasa aku Aku tak pernah tulis nama siapa siapa Aku bukan cerita pasal kau,dia atau mereka Aku tulis apa aku suka Semua ni aku yang punya Kalau kau suka boleh baca dan tumpang rasa Kalau sakit hati tutup saja Anggap puisi ini tiada

Belum tiba lagi

Maafkanku Segalanya masih segar dan baru Aku belum mahu mendengar nama nama itu Hinaan mereka masih tersandar di bahu Lakonan itu masih diulang tayang di mataku Sengketa dulu masih jinak di minda celaru Aku masih ingat selalu Maafkan aku Aku belum ingin bertemu

Santau

Kau mungkin lupa Suara lembut memisahkan kita Membunuh kejam dengan limau dan jarum saja Patah  temulang menempias puaka Ketar tubuh menahan seksa Akulah yang menanggung derita Suara itu tak pernah putus asa Makin gagal makin cuba Hasad dan jahil meneroka tiap kepala Airmata dan kata cuma sketsa dan percuma Waima tak pernah kasihan melihat aku seksa Kau mungkin lupa waktu aku berusaha sekuat tenaga Kau mungkin lupa waktu aku terlantar derita Kau mungkin lupa waktu kita sengketa Kau mungkin lupa pada segala hina Kau mungkin lupa tika dicabul hak kita Kau mungkin lupa kerana aku buat bersahaja Padahal aku sepuluh tahun lagi belum bersedia ke sana!

Dendam terbaik

Terima kasih pada rumah rumah tersergam indah Pada kereta kereta mewah di jalanan Kalian ajar kan aku dendam terbaik

Kau neraka

memimpin tangan ke neraka Senyum dalam ghairah celaka Matanya belum buta Telinganya masih peka Tapi begitulah caranya membela Tanggungjawab yang dijadikan dosa

Penulis

Aku hanya penulis Membunuh di atas kertas Dari dendam yang tak pernah bebas Dari cerita yang lepas Dari jiwa yang selalu tewas Aku hanya merakam cerita Kalamnya hati Dakwatnya airmata dari suka atau duka Aku tak impikan royalti Aku cuma ingin kau baca Aku tak perlu populariti Cuma ingin kau rasa

Sampaikan malam ini juga

Tuhan Sampaikan rasa yang terdesak ini Kirimkan dia dengan sejuk airmataku tika dingin malam memeluknya Detikkan hatinya padaku bila matanya memandang bulan suram Kerana dulu Dia tahu bulan suram itulah aku dingin malam adalah airmataku Sampaikan Sampaikan Sampaikan

Rindu

Sebenarnya aku rindu kamu Dahaga yang dulu dulu Moga tuhan sampaikan rasa itu Terus sampai ke jantung kamu

tak perlu tanya tanya

tak perlu tanya lagi tak perlu nangis lagi buang masa fikir tak henti semua jelas dikhianati tunggu saja karma kau nanti

biasa saja

di balik senyum ada kanser menular mendidihkan darahku di balik ketawa ada virus menggigit jantungku jadi hancur yang aku tunjuk cuma senyum dan ketawa kau tak tahu aku tahu kau berdansa sorok tangan dengan kaki ligat kau tak tahu aku tahu kau nyanyi petik jari dengan tangan terketar ketar

kali ini aku lain

kali ini aku diam lebih kepada menjadi bisu kali ini aku tak ingin lihat lebih kepada menjadi buta kali ini aku tak perlu dengar lebih perlu menjadi pekak kerana kali ini aku biar kau lakonkan watak dan aku penonton bisu buta dan pekak.. kasihan aku atau kasihan kau tak perlu kata apa tunggu masa senyum saja dan pergi selamanya

pembunuh bersiri

sekali lagi kau hunus pisau kau robek di perut kau lumatkan hati kau cincang keji jantung kau carik carikkan paru paru isi perut ternganga kau lempar kaulah pembunuh kejam yang punya siri 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan sekali lagi kau paksa aku jadi manusia tanpa hati perut tanpa denyut jantung seperti manusia lain

semua itu aku

akulah kerusi akulah yang tak termiliki akulah gusar akulah yang lari akulah yang ada kesan luka akulah selimut akulah pintu akulah yang takut akulah yang tak minta apa akulah sampah semua puisi itu bersatu menjadi aku

aku semakin tahu

tuhan lindungi aku dari kejam perasaan yang kian hampir membunuhku lagi tuhan jagakan aku dari jahil lidah yang semakin lali memperbodohkan aku tuhan jagakan hatiku dari beku airmata dari panas mendidih darah

Maaf

Angin datang berbisik di telinga Bila saja teringat semua Airmata menitis merana Sumpah seranah kau menyucuk di rongga Buatkan luka lama ternganga Maaf..maaf..maaf.. Itu pun sukar kau lafaz Sakit..sakit..sakit.. Kau ulang ulang buat jadi bingit

Kata

Kata yang kau hunus Bukanlah angin lalu yang terhembus Kata yang kau lempar Rasa yang tertampar Kata kau, kata durjana Tiada dalam istilah bahasa

Manusia

Manusia bebas berkata kata Manusia ada minda Manusia ada mata Manusia ada telinga Manusia cukup deria Tapi sumpah seranah yang disapa Manusia ada jiwa Manusia ada rasa Tapi tabiat berbaur neraka

Rupanya aku telah tiada#ilham dari mimpi

Malam yang lepas Aku dihentak mimpi yang buas Sakit segala tubuh menjadi kebas Kau dan aku berenang tak bebas Kemelut di lautan selut yang ganas Mulanya kita dikejar bayangan jahat Kau pimpin aku dalam langkah yang sarat Kau gendong walau terasa berat Kita lari dan terus lari walau sakit melarat Lalu jatuh di lautan selut yang disangka darat "Abang,aku tak mampu bernafas" "Abang aku lemas" Kau pujuk aku dalam nafas yang tak jelas "Sabarlah sayang kita pasti akan bebas" Kau rangkul aku dengan sebelah tanganmu Sebelah lagi cuba melawan Lumpur yang pekat dalam Walau sukar kita tak tenggelam Alhamdulillah akhirnya terlepas Dari bayang bayang yang bersifat ganas Dari lautan selut yang buas Aku dengar nafasmu dengan jelas Aku gembira kita telah bebas Kita tak lagi berhempas pulas Tapi,setelah itu semua Kulihat matamu berkaca Walau berakhir segala derita Rupanya aku telah tiada Aku telah mati dalam perjuangan kita Hanya melihat kau da...

Aku tak minta apa

Kutitpkan lagu tiada irama buat jiwa Bernyanyi syahdu getarrnya  terasa Alunan yang aku sendiri rakam didada Lagunya sepi,,iramanya rindu..ianya atas nama cinta Hidupku hanya merakam cerita kita… Mengukir setiap derita dan luka.. Tangis dan tawa.. aku perlu kau tahu yang aku cinta sedalam mana derita di dada lebih dalam lagi rasa cinta aku perlu kau tahu yang aku rela biar dulu kau kirim luka biar dulu pernah kau hunus pisau merobek dada aku tewas dan jiwaku mati merana aku tetap kasih,,aku tetap cinta terlalu besar cinta yang teranugerah.. aku tak perlu apa hanya perlu kau fahami dan rasa aku tak mahu apa hanya pinta kau setia aku tak minta apa hanya tak mahu rasa kecewa.. mafkan aku kerana terlalu cinta dan rasa ini abadi sampai hujung nyawa izinkan rasa ini kubawa bersama bila aku tiada

alhamdulillah

alhamdulillah hari ini tugu negara masih berdiri megah rakyat malaysia masih mewah kita masih kaya dengan juadah anak ana masih ke sekolah masih sempat kita mengucap syahadah ALHAMDULILLAH kalau esok tugu negara di pecah pecah rakyat pula merempat tidur dalam darah juadah kita adalah mayat mayat bergelimpabgan di tengah tengah anak anak kecil belajar selamatka diri di celah celah ada yang mati mengejut dibedil dari jauh tanpa sempat mengucap syahadah MASYAALLAH bersediakah kita melawan arus datang tidak bertongkah atau kita masih kosong tanpa bekalan pertahankan maruah?

sampah

dalam bakul kecil di sudut rumah diikat dicampak lagu ke bakul besar depan rumah diambil pemungut sampah dicampak lagi ke pelupusan daerah tercampak diantara sampah sampah busuk,kotor,jijik hina penuh serkah sebenarnya,ia dari sesuatu yang elok telah habis diguna atau jemu dipandang mata saki baki yang tersisa mungkin juga sudah berganti baru kerana ia barang lama maka ia jadi sampah namanya sampah dicampak,dicampak lagi dan dicampak sampai lupus SAMPAH

takut

aku takut bila esok aku bangun ada senapang di kepala bila esok aku celik lihat semua rumah hancur binasa takut kalau tanah ini digugat sampai tercela maruah negaraku diinjak tak lagi terbela seperti terdengar tangisan bayi raungan wanita suci takbir para suami kesakitan para pertiwi dan takutku semakin menjadi jadi aku takut kalau malam ini aku tidur dalam lena esok aku bangun malaysiaku dibedil seperti gaza seperti mana nasib mereka malam itu dalam aman sejahtera esoknya dibedil tak sangka sangka tanpa terlintas esoknya derita sampai kini tak henti menatap darah sengsara aku takut malaysiaku hilang kemerdekaan tinggal dalam lautan darah dan mayat mayat bergelimpangan aku takut moga kita semua takut dengan takut kita waspada dengan takut kita tidak leka dengan takut kita buka mata agar kekal merdeka tidak dijajah minda tidak ditakhluk jiwa tidak terjual negara kita

pintu

buka, tutup buka,tutup buka bila cantik tunjuk segala yang teratur dalam bilik tutup bila buruk melindungi yang kotor dan serabut kasihan menjadi pintu kepada bilik buka,tutup,buka,tutup dihempas hempas tugasnya tunjukkan isi yang cantik tutupkan dalaman yang tak baik sayang dan setianya pintu kepada bilik berdiri di depan tanggung segala

maafkan bonda

anak kasihan kau tidur dalam rahim derita sembilan bulan kau makan sisa sisa seksa kau dengar cerita duka hingga kau lahir ke dunia... anak.. kau lahir bersama ketuban airmata dikucup yang pertama dari bonda yang sengsara ciuman yang penuh makna kerana bonda tahu,kau mengerti ombak rasa dan kau saksi segala ceritera luka bonda maafkan bonda meletakkan kau dalam rahim derita melahirkan kau dalam airmata membesarkan kau dalam cerita duka mengajarkan kau erti luka kerana itulah hidup bonda yang kini kita perjuangkan bersama

selimut

selimut memeluk tubuh melindungi sejuk malam selimut menutup kaki menahan dari angin bisa selimut takut sembunyi gentar selimut jiwa ubatkan hati selimutkan jahil terpampang mulia tertutup munafik

kesan luka-airmata

kesan seratus tahun akan tetap terkesan dan pasti meninggalkan kesan luka begitulah jiwa yang terbebat luka yg tak nampak di cerah mata hanya bersuluh di mata jiwa airmata hanya kering bila dingin malam menutupi dalam sarat kelam menyihirkan hati pada kesan luka yang takkan pernah padam!

Kata kau,kata aku

Menyampah Bawa susah Dasar payah Tak payah mencelah Telinga aku dah bernanah Itu kata kau lah Maafkanlah Lupakanlah Biarkanlah Sayangilah Itu kata aku lah

Lari

Pergi Lari Jangan kembali Jangan dinanti Biar ia mati Bungkus hati Larikan sunyi Kuatkan diri Bawa pergi Semuanya tanda benci Kasih dah tuli

Tewas

Dlm tewas kau tinggal aku Tak pernah kau tunggu Bukan baru baru Tapi dari dulu Kau biar aku terbaring dungu!

Kehilangan-Mh 370

Umpama ratusan daun gugur dari pohon kehijauan dihembus angin duka tak siapa fahami gugur jauh dari pandangan.. hilang..terbang ghaib tak kelihatan seperti itulah kalian mendarat tanpa landasan, menghilang tanpa kesan limpahan airmata dari jiwa yang cinta, dari hati yang penuh kasih anak, isteri, keluarga menanti pasti penuh harapan namun kalian di sana masih diam kebisuan hari berganti hari, masa bersilih ganti, seluruh pelusuk kalian kami cari mungkinkah tergantung di awangan, di gunung yang penuh hutan, di curam yang dalam atau di laut yang tak terkesan meski kami insan yang tak punya ikatan darah, kami tetap mengerti.. kerana kami lah warga yang diikat satu jiwanya Perdana Menteri kita gusar membungkam di wajah mengharap esok ada sinar di balik sendu MAS pula menggalas sejuta beban tohmah Dan usahlah mereka dituding jari sepertinya kita menolak takdir Ilahi Tuhanku..Engkaulah berkuasa di langit dan di bumi bahkan di lautan yang tak bertepi Perlihatkanlah s...