Kata kau,kata aku
Menyampah Bawa susah Dasar payah Tak payah mencelah Telinga aku dah bernanah Itu kata kau lah Maafkanlah Lupakanlah Biarkanlah Sayangilah Itu kata aku lah
kalau esok aku mati, "jadi maka jadilah" untuk aku. kalau esok aku pergi, puisi aku masih di sini, bacalah dengan sepenuh hati, dari bawah sekali hingga terakhir kali, dan aku akan ada di sisi, menemani dalam setiap bab cerita hati, masuklah ke dalam jiwa aku..masuk... kau tak akan merasuk, kerana jiwa kau sedang aku peluk.