Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

hari ini saja

untuk kata kata pinjaman ablasa lima tahun yang lalu untuk perlian imbuhan khinzir empat tahun yang lalu untuk fitnah bernanah busuk tiga tahun yang lalu untuk hinaan kelasan dajjal dua tahun yang lalu untuk cacian makian sumpah seranah pada tahun yang lalu bertahun aku diam dan kumpul jadi bulat sifar kau nampak sifar kosong aku pulangkan menu yang kau tempah bertahun tahun dihidang pada hari ini HARI INI SAJA kerana sifar aku bukan kosong ia ada di dalam tunggu masa kau uji sampai pecah sakit dan malu bukan. kebetulan saja,tak dirancang kau silap orang.

warkah sebelum ajal

telah aku bersihkan daerah berdarah yang belasan tahun dulu diamuk punah darah darah yang terpercik disetiap dinding berkeropeng  juga telah aku hakis kesannya darah itu darah aku yang cuba dibunuh berkali kali tapi tidak mati daerah ini terpencil tiada siapa tahu ia penuh darah yang mereka tahu "ia daerah yang gah" warkah ini terakhir selepas aku tidak lagi hidup aku mati setelah berjuang menyucikan daerah aku tinggalkan ia dalam suci supaya kau hidup aman tidak nampak darah tidak ingat pada aku dan sengketa aku ikhlas pada setiap pembunuhan yang kau lakukan semoga kau hidup dalam kemaafan dari aku yang mati

kau

aku angankan kau menemani tiap sunyi sepi aku yang heningnya memecah dada aku harapkan kau ada mendengar liku liku derita yang aku pasti hanya kau mengerti aku bayangkan kau ada di sini menjadi sesuatu untuk aku bersandar aku impikan kau lebih dari mana yang kau tahu tapi tidak tidak mungkin tapi tidak tidak akan

aku tahu

rindu pada tangan yang digapai tidak sampai rindu pada ucap bibir yang tak nampak rindu pada senyum yang terukir disebalik aku tahu dia ada memahami tiap derita merahsiakan setiap pahit melihat kemana aku bertiup aku tahu dia ada meski tidak berbuat apa selain dari doa aku tau dia tau bila mana aku rindu

sama saja

semalam hari ini dan esok maka begitulah seterusnya tewas dan kecundang ia tak diundang saban hari sendirinya hilang.

aku tak mungkin lupa

aku tidak minta apa dari kamu yang aku percaya cuma lindungi aku dari ludahan mereka bertahun sudah aku menempias segala puaka kau pun tahu aku seksa bagaimana aku cuma minta kau pertahankan aku setiap kali kepalaku di pijak2 tanpa maruah beberapa tahun dulu kita tiada apa menumpang mengemis di sana menumpang tidur di sofa berteduh dengan kosong perut sebab itulah aku mangsa cerca kau tidak tahu apa bila kau pulang aku sorok luka dipijak dikepala aku balut pecah di dada aku hulur senyum bahagia aku tidur dalam airmata itu yang aku rahsia yang kau saksikan mata? yang kau lihat aku sakit seksa? di mantera pula harapkan aku derita adakah kau rasa? semuanya berlalu dalam lima tahun yang berturut turut dari dulu hingga kini aku cuma minta kau lindungi aku. cuma itu.

mereka membenci aku

semenjak dari aku memilih untuk tinggal bersama lautan indah sejak dari itu hujan badai tak pernah tamat bila panas pula ia terik dan sakit aku dicerca dihina apa yang ada disegenap disekeliling lautan dipedihkan mentari dibakar panas dilambung ombak badai ditakutkan dengan ribut petir segalanya menghantui aku memburu aku meski dalam tidur satu persatu datang menghalau aku satu demi satu mengugut aku untuk pergi selepas satu satu hinaan dan cemuhan satu satunya pilihan aku ialah bertahan satu tahun demi satu tahun aku kekal di lautan ini hingga kini sudah bertahun aku kekal dalam tragedi lautan dan segenap sekeliling lautan tak pernah henti membenci aku aku yang memilih untuk bertenang di lautan indah yang kelilingnya meludah aku.

amukan

bulan tidak tahu kalau awan harus menangis malam ini kalau tidak akan di amuk seluruh alam diajak segala panah petir menjadi senjata amukan biarkn awan menangis jangan ditanya kenapa kalau untuk diperlekehkan bulan tidak tahu kalau tangisan itu jisimnya seberat lima tahun ditanggung ia menangis untuk satu malam itu tidak tertahan sudah dendamnya biarkan dia menangis cuma menangis,bukan membakar api kesumat membalas pawang jangan ditahan awan menangis kerana amukannya menggila biarkan ia reda sendiri walaupun tanpa bersandar di mana mana dia bukan apa.cuma mahu menangis dan habis.

aku pembunuh

semalam kita bersilat kata memanah kelembutan menakil manis dahulu dalam tidak sengaja aku bunuh engkau entah dari mana pisau ada ditangan aku pacak ke jantung engkau tembus sampai ke tulang  belakang aku takut lalu kucabut pisau itu bersembur darah ke muka aku kau tidak bernyawa terus sunyi pertelingkahan itu kau senyap tidak kata apa aku tidak tahu mahu nangis atau ketawa tapi aku takut lalu aku takil takil seluruh tubuh engkau kukerat kerat sekecil yang boleh tubuh yang menyakiti aku kini hambar terkulai aku tidak tahu aku sedih atau gembira kau mati. aku sorok cebisan kau dalam kotak surat cinta kita buat kali terakhir aku lihat wajah kau yang hanya tinggal kepala aku cium di dahi tapi kenapa aku menangis?? aku tidak sengaja kenapa kau paksa aku menjadi pembunuh dengan sikap kenerakaan itu aku takut lalu aku lari kehutan tingal semua sunyi sepi aku ketar menangis hingga terlelap esok aku terjaga aku lupa kau telah tiada rupanya aku yang bunuh. ...

aku harus sanggup

sebenarnya aku semakin dekat dengan janji masa bergulung datang menuntut memaksa menjadi kejam ia semakin datang..semakin mendesak aku telah terlanjur membuat janji pada airmata itu perjanjian berdarah yang telah diasap limaukan semangatnya semakin dekat ia..semakin aku tidak sanggup semakin datang ia..semakin aku takut aku harus kotakan janji bila waktunya datang berdiri aku harus tunaikan janji walau hati separuh mati hanya kerana aku sipengabul janji walaupun cuma janji pada airmata.

aku pawang

mata yang berdusta tidak akan pernah melirikkan benar bibir yang terpacak kaca janji akan selamanya membusuk bernanah aku pawang cukup kenal dengan jin seperti itu matanya merah meleret darah melirik dusta bibirnya membusuk membasi janji aku pawang biar ku hantar jin ini ke pulau kesumat biar tiada mangsa untuk kau berjanji berdusta biar kau membusuk di pulau buangan

aku kronik parastesia 2

bukan sekadar itu saja gigil tangis malam itu menceroboh dan membunuh percayaku duniaku cerah menjadi gelita gelita yang aku benar benar takut sejak itu aku menderita 'insomnia' aku jadi 'akluofobia' kerana malam yang perkosa janji kejam sungguh malam itu meragut seluruh percaya jadikan siangku malam tanpa henti jadikan malamku lebih malam dan kelam aku tiada apa lagi untuk diperkosakan kerana janji telah habis kerana setia telah hilang tiada apa lagi untuk kau ragut pergilah.

aku kronik parastesia

sejak malam itu malam yang aku diperkosa janji malam dilacurkan kesetiaanku.. sejak itulah aku tidak kenal riak wajahku aku hilang deria senyum tawa tangis derita semuanya menjadi kronik parastesia seluruh tubuhku kronik parastesia aku kronik parastesia seksanya aku begini bernyawa tapi tak merasa hidup tapi kesia siaan semuanya sejak malam itu malam aku diperkosa janji aku jadi kronik parastesia

sofa

sepatutnya yang sekecil itu kita berbahagi duduk menimbang kasih betimbang rasa pada aku yang kurang upaya tapi kau buat seperti angin lalu aku pun berlalu tak mahu tunggu sakit pinggang aku

jangan drama baik dengan aku

aku kenal manusia serupa engkau ada muka empat kiri kanan depan belakang keterlaluan kalau aku kata bermuka muka lebih baik anggapkan kau ada banyak muka pusing kiri kau begini kekanan kau begitu depan kau telus belakang kau caci tidak berat ke bawa empat muka? tolong pilih satu muka yang kau suka!

susah

renyai hujan aku basah panas terik pun tentu basah aku berpayah tunggu dalam susah kau tak ubah ubah.

siapa percaya?

tak siapa akan percaya bila ada yang definisikan derita menjadi makna cinta derita baginya adalah cinta bukan bermaksud cintanya menderita bukan juga cinta adalah derita tapi cintanya jadi bahagia bila ada derita lebih panjang umur cintanya bila derita lebih kuat berpijak dalam derita kau tak perlukan teori untuk fahami belitan kata ini perlukan bersahaja memasukkan manisnya derita dalam cinta kuatnya cinta dalam derita.

derita

derita perlukan apa pula? derita perlukan kita untuk memaknakannya derita lebih bahagia bila kita bersama derita lebih perlukan kita dari semua yang ada derita dan kita adalah sama ia bernyawa bila kita bersama derita hidup dalam kita kita mati dalam derita.

tabah

ketabahan memerlukan aku untuk jadi bermakna memerlukan setiap inci airmata aku untuk menjadikannya sebuah tabah tabah tak akan menjadi tabah bila aku tak bangun dari rebah tabah perlukan aku.

bacakan ia

kalau esok aku mati "jadi maka jadilah" untuk aku kalau esok aku pergi puisi aku masih di sini bacalah dengan sepenuh hati dari bawah sekali sampai terakhir kali dan aku akan ada di sisi menemani dalam setiap bab cerita hati masuklah dalam puisi aku..masuk.. kau tak akan merasuk kerana jiwa kau sedang aku peluk

jangan menangis

aku tak mahu menangis kerana malam ini begitu indah untuk aku berduka lara biar aku coret yang indah indah saja tinggalan untuk mereka baca

masa yang semakin dekat

mereka semua tidak tahu aku terlalu takut bukan kerana aku pengecut tapi semangat dan ragaku kian kecut kalau kalau aku harus tahu yang mereka semua tak tahu aku harus pergi dengan rela tinggalkan semua rasa cinta dan aku belum bersedia aku sudah tewas di saat aku menulis aksara ini takut untuk pejamkan mata bimbang esok pandanganku terbatas maksudnya aku pergi tinggalkan mereka lepaskan dunia,relakan cinta..

siapa itu

dia itu telah lama mati dikelar rusuk kanannya sendiri yang kau nampak itu bukan hantu bukan roh,tapi dia yang BARU. dia yang dulu telah lama mati

entah esok atau lusa atau bila

tak lama lagi aku akan lena berbantal tanah bertilamkan selembut isi tanah beratapkan juga dari tanah tanah lena mengiring tak tukar posisi tak lama lagi aku akan tinggalkan rumah ucapkan salam penuh kasih pada insan yang cintaku mencurah dan aku tinggalkan kalian puisi bukan sebagai zikir doa buat aku cukup sekadar kenang kenangan kerana aku hidup dalam semua coretanku

aku tak menulis kerana banjir

lama aku tak menulis sibuk sekat airmata kiri kanan aku tepis di kamarku banjir juga lama aku tak conteng kata puitis sebab aku sedang lemas bertarung nyawa rasanya sekarang siapa yang menulis?