Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

warkah yang tidak sampai

malam ini setelah sekian lama ombak air mata menghanyutkan juga rindunya dalam resah payah memujuk mata supaya segera lena tidak juga ia lali dengan nyanyian lama mama kupujuk diri segera menjadi dewasa masih juga ragaku anaknya yang kecil meronta meminta mama kucari helaian kertas lantas ku tulis warkah buatnya basah kuyup ia dibasahi rindu ku simpan warkah itu dan ku kira rindu itu telah sampai ke daerah mama sihatlah selalu mama tabahlah sekuat hati mama andai ada titisan air mata darimu percayalah aku juga sama aku juga rasa.

kekasihku mari mendekat

kekasihku tidak berapa lama lagi aku akan pergi menghadap tuhanku sementara itu berikanlah aku bahumu pinjamkan aku waktumu kekasihku marilah mendekat pada aku bercerita dari gelap malam minggu hingga cerah hari baru bercinta dari cerah dinihari hingga gelap malam hari berkejaran di sekeliling rumah dengan hilai tawa hingga lelah kekasihku suaplah aku makan dengan jemarimu biarkan aku bermanja denganmu dalam waktu yang terbaki biarkan aku berbaring didadamu tahanlah sebentar kerana ianya tidak lama lagi dan selepas itu kita akan berumah asing kekasihku sesudah itu jangan ratapi aku jagalah diri selalu -Nov 2016-

perangkap

aku terperangkap pada satu tempat ianya usang dan gelap tempat ini penuh dengan ketidaksempurnaan sangat lama aku di sini menaruh harapan yang semakin malap tempat apakah ini? dadaku terasa bergolak dan terhimpit nafasku menjadi sempit pandanganku terbatas kiriku sempit kananku dihimpit seluruh tubuhku lumpuh terlalu banyak yang aku simpan terlalu banyak yang aku pendam ia terkumpul menjadi satu yang padu dari sebutir zarah yang satu semakin membiak membina tempat sendiri akhirnya tempat itu memakan aku sedikit demi sedikit aku hancur dan kali ini ia menjadi semakin parah tempat yang dibina di dalam aku kini memerangkap aku aku rupanya terperangkap dalam ingatan sendiri!

MAMA DAN PULUHAN TAHUN YANG LALU

keseorangan ini memandu aku lebih laju menderu kepada puluhan tahun yang lalu dan aku berhenti pada wajah muda yang ku tatap berpalu sepi seorang wanita gigih tanpa suami di kakinya diikat bersama dua anak kemana saja dibawa pergi dialah ibu,dialah bapa. ketika itu umurku cuma enam kakak pula sembilan hari demi hari airmata dia tak pernah kering hari demi hari aku di fahamkan pilu ketabahan dia tiada keterbatasan mencari rezeki untuk dua anak wanita itu menelan segala kata dunia wanita itu menghadam segala kata manusia hina,cerca itu makanan dia dan derita itu tak perlu kita ungkap satupersatu cukup kita bertiga yang tahu ketika itu umurku cuma enam tapi aku faham derita dia ketika itu umurku sikit tapi banyak yang aku faham banyak lagi yang aku ingat tabahnya wanita itu menjadikan anaknya pada hari ini memanjat gigih menara gading tabahnya wanita itu menjadikan anaknya tabah sekuat kakak mencari rezeki wanita tabah itu tak pernah meninggalkan dua anak ketika...

pusara hati

kau telah aku pusarakan bertahun yang lalu ketika tali kasih putus melepas simpul hari demi hari kujenguk kau di pusara bernyawa hari demi hari rindu bersarang dalam keliru ketika aku pusarakan kau kau tidak tahu detak jantung ini berpalu sepi bila rindu datang menjenguk harus kuingat kau telah pergi ketika aku menjenguk pusara bersama mawar berduri mawarnya kutabur dan durinya kutelan hanya hitam kelabu yang timbul berharap kau bangun memeluk aku dalam nafas baru aku pusarakan kau kerana kau bukan lagi engkau yang aku tahu kau masih bernafas tapi dalam hembus hanyir.