keabadian kasih dalam kesesatan cinta

Bercerita tentang kehidupan
mungkin ada yang sudi mendengarnya
biarkan cerita ini menjadi simfoni mahupun puisi
kerana pendendangnya adalah milik sebuah hati yang lara
akibat jatuh dibuai cinta, lumpuh jiwanya
kian sarat dipenghujung rindu
terlantar dalam bayangan waktu
cinta itu pernah mengulit tidurnya
membawa jauh ke titian kehidupan
yang dimatanya adalah warna pelangi
hakikatnya mendung yang membawa perkhabaran derita
dan bila tersedar sesudah terlantar
apa yang tinggal hanyalah sisa kekesalan dan tangis sendu
apakah mungkin terubat luka yang sarat bernanah itu?
dan sebenarnya cinta yang terluka itu adalah milikku
dan hati yang kian reput itu adalh aku!!
aku yang mencoretkan puisi cinta luka
aku yang merasa panasnya bahang api cinta
yang akhirnya mencampakkan aku kehangatan
namun syukur....
dalam kehangusan kepanasan itu
aku masih bisa berlari pada setitik air jernih
yang dulu kucampakkan untuk merasa bahangnya api cinta
dan kerana itu aku masih bisa bernafas hinga kini
menunggu saat datangnya cahaya walau pada saatku mati
kupasrah.
ini kehidupanku..
akan aku tempuhi
akan aku gagahi
walau aku tak bisa lagi berdiri
walau aku kekerinagn di sini

dan kesepian ini megajak aku untuk pulang
mencari erti sebenar kebahagiaan
setelah kutingalkan hari hari kelmarin
dengan penuh persoalan
takut andainya hari ini menghantuiku
dengan ejekan nafas kelmarin
nafas semalam begitu sesak
sarat dengan ketakutan
batinku kepenatan mencari
entah apa yang aku cari dalam hidupku
aku di sini tiada erti
meratapi kekosongan hati sendiri
aku benar-benar kehilangan
aku tak mampu lagi keseorangan dalam ratapan yang begitu menekankan

dalam kesempatan yang ada
kucoretkan kelukaan hatiku
pada sekeping kertas putih
penaku menari mengkalamkan kedukaan
yang entah pada siapa harus aku luahkan

hanyalah pada puisi ini kudendangkan hidupku
penaku dan helaian putih ini menjadi teman bicaraku
mungkin sudah tiba waktunya aku pergi
walau aku amsih membutuhkan kehidupan ini
aku terpaksa pergi walau masih dahagakan kebahagiaan
aku sebenarnya tak mahu mengakhiri kehidupan dengan penuh ratapan
aku rindukan dengan apa yang aku tinggalkan
namun bagaimana harus aku pulang?
dimana telah aku campakkan kehidupanku?
dan biarlah aku begini
kerana aku adalah yang hanya mampu mencoretkan kehidupanku
menjadi puisi kekesalan,,
aku...
alhamdulillah.....

Ulasan

  1. sajak ni dicipta aku masa tengah belajar di Institut sains teknologi,,masa sem berapa dah aku tak ingat.sajak ni menceritakan tentang seseorang yang terlalu taksub pada cinta manusia melebihi cinta pada yang esa.dia telah sesat dalam cinta dan akhirnya kesal,tapi penyesalan tiada guna kerana smuanya dah terlambat baginya. tapi pada waktu itu dia sedar akan pencipta yang esa yang diktakan dalam sajak ini sebagai air yang jernih yang telah membuatkan dia hidup kemabali setelah dirasakan hidupnya kehangusan dibakar cinta)tapi dia masih dihantui dosa silamnya dan bimbang semua itu akan menghantui perjalanan hidupnya. dia terasa sunyi dan semakin kehilangan jejak sendiri.lalu di serahkan segalanya pada yang kuasa dan dicoretkan kisah hidupnya cuma pada helaian kertas yang menjadi temannya,sampailah tiba saat dia pergi. sebenarnya dia belum bersedia untuk pergi kerana dia masih mahu mengubah hidupnya yang dulu adalah ratapan,,tapi dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk kembalikan hidupnya yang telah disiakan. akhirnya dia mengalah dalam hidup sendiri dan biarkan takdir yang tentukan.,kerana merasakan segalanya telah hilang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Namamu

Bulan