Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

La Tahzan Ya Akhi

Acap kali kita diutus khabar dari bumi berdarah dalam pejam dibayangi tulusnya wajah yang tak bersalah melihat  darah merah melahar tumpah ke tanah menatap tanpa kerdip pada mayat-mayat bergelimpangan bernanah didada bergantungan rasa cemas yang terperuk disilihganti rasa marah tiada  bergejolak dirimba jiwa selain resah payah Dibumi Palestin mereka mati tak berkapan tak bernisan aku jadi tak mengerti,bingung dan hairan manusia Israel sekeras kerikil jiwanya lahir bak haiwan Kau rentap nyawa anak kecil tak berdosa seperti kau tak punya anak barangkali tubuh wanita yang tak terdaya kau tindih rakus seperti tak punya isteri kau bedil jiwa-iwa sengsara seperti kau tak punya keluarga dihati bergegar tanah subur habis habisan kau lontar mortar tembus kepala tak berdosa kau percik peluru liar ketakutan jiwa jiwa lara selindung dibalik dinding tidak berani keluar segalanya menjadi kacau bilau dan hingar bingar angkara apa zionis durjana disana s...

gusar

di sudut malam yang menyeru pagi segalanya gelap sepi tiada jiwa yang berpenghuni semuanya lena diulit malam sunyi hanya aku yang masih begini menatap wajah yang  telah menoreh  perit disudut hati jiwa ini tak mungkin dilenakan mata ini gusar untuk dipejamkan benak ini kusut memikirkan cakera tanpa henti memutarkan tragedi yang langsung tak ingin dirakamkan ia tetap berputar membingitkan menyakitkan wajah itu tenang dalam lena hanya aku yang semakin gila wajah itu sembunyikan rahsia hanya aku yang merasa kubiarkan cakera ligat berputar membangkitkan segala gusar ahhhhh  biarkan wajah lena itu satu saat tersedar dan segalanya akan berbayar

kerusi

kerusi olahannya kayu jati mahupun besi atau mungkin juga keluli ianya tetap kerusi tiada kata puitis mahupun melankolik dapat dibayangi kerana ianya hanyalah sebuah kerusi kaku disudut sudut kelihatan kosong jiwanya,tapi ia penuh kemelut tersudut... diibaratkan seperti melukut disudut ia tegak tanpa berpaut kala perlu, mesra diduduki kala tak berguna, terbiar sepi kala tiada dicari pasti kala binasa dicari ganti kasihan sebagai kerusi

suami-badai

mata terpejam hati bertanya kerap kali adakah kau masih segar dihati atau jauh kutinggalkan ketika mencari kadang aku curiga dengan kiasan hati sendiri kadang aku terasa berlari tapi diikat kaki akulah insan yang kau gelar isteri tapi akulah insan yang saban hari kau lukai aku mencari aku tercari cari aku cari dimana aku letakkan kau di ruang sanubari setelah cintaku kau nodai setelah susah payah tegar kehidupan kita kau dustai setelah kau biarkan murahan berbaring didada yang layaknya hanya aku menghuni setelah kau lafaz cinta nafsu dan kau lupa cinta yang kau janji abadi apakah terpadam di kotak ingatanmu saat kau letak telapak tangan di ubun wanita ini dan akulah yang menjadi isteri kini aku karam dalam lautan cinta yang ditenggelami benci aku lemas dalam kesakitan yang terasa lali berulang kali berkali kali akulah jiwa yang tertewas dalam kemaafan yang terpaksa diberi akulah tubuh yang terasa cemar bila kau kembali saban hari aku minta dipadamkan ingatan keji ...