La Tahzan Ya Akhi
Acap kali kita diutus
khabar dari bumi berdarah
dalam pejam dibayangi
tulusnya wajah yang tak bersalah
melihat darah merah melahar tumpah ke tanah
menatap tanpa kerdip
pada mayat-mayat bergelimpangan bernanah
didada bergantungan rasa cemas yang terperuk disilihganti
rasa marah
tiada bergejolak dirimba jiwa selain resah payah
Dibumi Palestin mereka mati
tak berkapan tak bernisan
aku jadi tak
mengerti,bingung dan hairan
manusia Israel sekeras
kerikil jiwanya lahir bak haiwan
Kau rentap nyawa anak
kecil tak berdosa seperti kau tak punya anak barangkali
tubuh wanita yang tak
terdaya kau tindih rakus seperti tak punya isteri
kau bedil jiwa-iwa
sengsara seperti kau tak punya keluarga dihati
bergegar tanah subur
habis habisan kau lontar mortar
tembus kepala tak
berdosa kau percik peluru liar
ketakutan jiwa jiwa lara
selindung dibalik dinding tidak berani keluar
segalanya menjadi kacau
bilau dan hingar bingar
angkara apa zionis
durjana disana sini berlegar legar
Abi!!!
Ummi!!
meraung si anak kecil
dengan suara yang tak lagi tergagahkan
ketar tubuh kecil
melihat ibu diperkosa didepan mata dihadapkan
darah ayah disimbah
membasuh wajah yang telah ditinggalkan
sekelip mata pergi tanpa
pesan
menatap meratap mayat
mayat yang bergelimpangan tanpa nisan
yang lukanya terganga
masih lagi basah merah darah dijalanan
bayi yang masih lembut dikelar,,disiat
, dicincang selumat lumatnya tanpa kemanusiaan
Hei kau si pendosa
kejam yang bergelar durjana
jangan kau rentap nyawa si anak kecil yang baru mengenal abi dan
ummi
jangan kau bakar jiwa muslimin
yang tak punya apa selain keluarga dan agama
jangan kau percikkan
hamis darah darah pejuang pada tanah yang subur mewangi
jangan kau pulas nyawa
mereka habis habisan kerana kepentingan dunia
kerana nyawa yang kau terjerut itu pasti menghiasi syurga sewangi setanggi
kelak esok di neraka
jahannam kau pula dibakar menjadi bara sengsara
itulah yang dikatan
janji Allah itu pasti!
Buat kalian yang tersisa
di bumi sengsara
Yang masih berjihad
pertahankan nyawa dan agama
Ketahuilah bahawa doa
kami ada bersama
Dalam tiap jasad yang telah
pergi mahupun yang masih ada
Ingatlah Allah akan
tetap membela bagi tiap derita dan luka
ALLAHUAKBAR!