diari bonda jelita
dari diari bonda untuk jelita
telah bonda rakamkan sengsara bonda
dari setiap sudut penjuru jiwa
telah bonda catatkan pengembaraan bonda yang penuh luka
dari dahan dahan yang gugur tewas
saat bonda berpayah demi Jelita..
sepertinya bonda tercampak di lautan dalam
segala apa di lautan ini mengkaramkan bonda
tapi,demi Jelita yang menanti di persisiran sana
bonda renangi penuh harapan
bonda harus tabah demi Jelita
harus mematahkan takut sengsara
harus utuh kaki berdiri dalam apa jua rasa
kerana bonda punya Jelita
Jelita
darah ini darah kita
perjuangan ini kita bersama
meski kau masih anak bonda yang kecil
kau seakan mengerti lara hidup bonda
kerana sejak di ketuban bonda lagi kau mengerti ombak rasa dari bonda
jadilah Jelita anak yang tabah
kelak besarmu pertahankanlah hidup bonda
kerana dengan tabah dikau ditimang bonda!
dengan bertahan bonda ada disisimu..
sentiasalah ada disisi bonda
jangan takut dengan derita
Dari bonda untuk jelita
Ulasan
Catat Ulasan