gelap dalam terang

Dalam terang benderang sejauh mata memandang
dan diantara cahaya yang gilang gemilang
ada jiwa yang sepi merundum
ada bahagia yang perginya tak pulang
ada nafas yang bertabah menyekat air di kolam mata

kalian semua tidak akan terlihat sunyi di balik malamnya
kerana telah dibutakan dengan senyum di cerah hari
dan dituli kan dengan ketawa yang terlampau palsu
hidup cuma memperlihat apa yang mahu
menutup apa yang tidak perlu
dan menangislah sepuasnya di beranda sepi.

Kuala Lumpur
21.51 pm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Namamu

Bulan