PERBUALAN JIWA DI DUA NISAN
Assalamualaikum Mohammmad Fareez bin Mohammad Rosli Jasadmu yang dibawa pergi wahai adik menuntut airmata mama hingga ke saat ini Tragedi berdarah yang tertulis buatmu menyebat jiwaku melihat ayah yang semakin susut diseksa rindu di telan dunia memujuk mama yang hilang nafas lemas dalam lautan airmata rebah semangatku.. aku kakakmu meski kita berbeza dihujung pangkal nama bapa meski kita tiada iras rupa aku kakakmu yang ketiga mencium dahimu ketika kau lahir aku kakakmu yang memimpin kau bertatih sehingga belari aku kakakmu yang pernah memandikan dan menyuap kau makan aku kakakmu meski apa saja nama kita berbinti aku kakakmu meski kita bertelingkah sentiasa aku kakakmu yang menyayangimu sepenuh jiwa kerana kita dibesarkan dengan keringat ayah yang sama aku kakakmu yang kini segalanya berlegar kenangan tentang kamu. aku kakakmu kerana yang lebih besar kita lahir dari rahim mama kita berkongsi duka yang sama kita ketawa di bawah bumbung serupa kerana darah...