PERBUALAN JIWA DI DUA NISAN
Assalamualaikum Mohammmad Fareez bin Mohammad Rosli
Jasadmu yang dibawa pergi wahai adik
menuntut airmata mama hingga ke saat ini
Tragedi berdarah yang tertulis buatmu
menyebat jiwaku
melihat ayah yang semakin susut
diseksa rindu
di telan dunia
memujuk mama yang hilang nafas
lemas dalam lautan airmata
rebah semangatku..
aku kakakmu
meski kita berbeza dihujung pangkal nama bapa
meski kita tiada iras rupa
aku kakakmu yang ketiga mencium dahimu ketika kau lahir
aku kakakmu yang memimpin kau bertatih sehingga belari
aku kakakmu yang pernah memandikan dan menyuap kau makan
aku kakakmu meski apa saja nama kita berbinti
aku kakakmu meski kita bertelingkah sentiasa
aku kakakmu yang menyayangimu sepenuh jiwa
kerana kita dibesarkan dengan keringat ayah yang sama
aku kakakmu yang kini segalanya berlegar kenangan tentang kamu.
aku kakakmu
kerana yang lebih besar
kita lahir dari rahim mama
kita berkongsi duka yang sama
kita ketawa di bawah bumbung serupa
kerana
darahmu yang tumpah itu adalah sebahagian dari darahku
nyawamu yang pergi adalah sebahagian dari nafas hidupku
jiwamu yang terbang itu keseluruhan dari semangat mama dan ayah
yang kini teragut menduga teguhku
adikku
kakakmu kini membawa mama dan ayah sebentar
jauh dari kampung halaman kita
bukan untuk berjauhan darimu
bukan untuk melupakan nisanmu
sebentar saja adik
demi mama.demi ayah.
nanti mereka akan pulang bilamana teguhnya tabah
mereka akan pulang seperti biasanya hari hari menjenguk daerah barumu.
angah pergi dulu membawa mama dan ayah bersama
dari jauh kami kirimkan seikhlas doa buat adik
semoga Allah memelukmu dengan kasih sayang yang hebat lebih dari kami beri
semoga tempat tinggalmu kini lebih selesa dari kamarmu yang mama susun rapi
semoga makananmu lebih mewah dari yang ayah beri
semoga hilang takutmu
semoga fasih tuturmu menjawab persoalan Mungkar Nangkir
semoga kau ditemani para teman yang soleh
semoga syurga buatmu
syurga buatmu