Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Aku akan pulang

Tuhan Tolong turunkan hujan seberatnya malam ini aku ingin menangis melaung tanpa seorang manusia pun tahu kerana aku telah terlalu lelah menangis tanpa suara aku ingin teriak dan menari dibawahnya hujan agar mereka mengira aku sedang berbahagia  aku ini sudah lupa rasanya bahagia aku sudah lupa bagaimana ikhlasnya tersenyum kerana segalanya aku lakon lakonkan agar tidak ada yang turut bersedih dengan lemasku tidak ada yang turut menangis melihat matiku kiranya kata mereka senyumku manis padahal yang terkandung disitu cuma sakit pedih mereka kira bahuku kukuh padahal lebih dari separuh ia telah roboh Mereka kira kakiku kuat padahal telah berdarah darah ia aku seretkan Tentang perih dan jatuh.