Aku akan pulang

Tuhan

Tolong turunkan hujan seberatnya malam ini

aku ingin menangis melaung tanpa seorang manusia pun tahu

kerana aku telah terlalu lelah menangis tanpa suara

aku ingin teriak dan menari dibawahnya hujan

agar mereka mengira aku sedang berbahagia 


aku ini sudah lupa rasanya bahagia

aku sudah lupa bagaimana ikhlasnya tersenyum

kerana segalanya aku lakon lakonkan

agar tidak ada yang turut bersedih dengan lemasku

tidak ada yang turut menangis melihat matiku


kiranya kata mereka senyumku manis

padahal yang terkandung disitu cuma sakit pedih

mereka kira bahuku kukuh

padahal lebih dari separuh ia telah roboh

Mereka kira kakiku kuat

padahal telah berdarah darah ia aku seretkan


Tentang perih dan jatuh.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Namamu

Bulan