Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Cinta

 Maaf Aku tenat

Namamu

Telah banyak puisi yang kutuliskan tentangmu Telah banyak kusebut namamu di acara acara rindu Bahkan setiap pertemuanku yang jahil dengan Tuhanku, tidak malu aku mohonkan kamu Telah penuh namamu kulangitkan di sepertiga malam Masih sahaja kau gagal membaca mataku Kasihku, Bulanku.. bagaimana lagi harus aku ceritakan kepada dunia dan seluruh isinya  tentang indahmu  tentang rasaku Telah banyak darahku tumpah ketika aku memperjuangkan kamu Tolong sepenuh latar bumi Sepalung lautan khabarkan padanya aku sedang sanggup bermatian Bahkan aku sedang bermatian Menanti Bulanku

Guruh

Hujan yang turun tidak lagi mampu membasahkan pipiku Guruh langit yang berdentum tidak lagi membuat kakiku berlari takut aku jadi kebal pada segala takut aku parastesia  kerana aku hidup dalam petir dibalik hujan aku sorok airmata langit runtuh bumi kelam matahari pergi pelangi hilang  menanti bulanku yang takkan kujung tiba lagi