Catatan

Namamu

Telah banyak puisi yang kutuliskan tentangmu Telah banyak kusebut namamu di acara acara rindu Bahkan setiap pertemuanku yang jahil dengan Tuhanku, tidak malu aku mohonkan kamu Telah penuh namamu kulangitkan di sepertiga malam Masih sahaja kau gagal membaca mataku Kasihku, Bulanku.. bagaimana lagi harus aku ceritakan kepada dunia dan seluruh isinya  tentang indahmu  tentang rasaku Telah banyak darahku tumpah ketika aku memperjuangkan kamu Tolong sepenuh latar bumi Sepalung lautan khabarkan padanya aku sedang sanggup bermatian Bahkan aku sedang bermatian Menanti Bulanku

Guruh

Hujan yang turun tidak lagi mampu membasahkan pipiku Guruh langit yang berdentum tidak lagi membuat kakiku berlari takut aku jadi kebal pada segala takut aku parastesia  kerana aku hidup dalam petir dibalik hujan aku sorok airmata langit runtuh bumi kelam matahari pergi pelangi hilang  menanti bulanku yang takkan kujung tiba lagi

Bulan

Bulan Nama itu yang aku puja setelah senja setia menerangi di atap rumahku indah parasnya membawa lenaku Cahayanya Bersamanya aku tidak lagi takut aku tidak lagi hiba Dia Bulatnya bundar Terangnya tidak pudar Kasihnya tidak hambar Dia bulanku Segala langitku Menerangi kelam malamku Janjinya kepadaku "sentiasa ada". Bulan Pintamu, agar aku setia menanti Pintaku, jangan kau pergi. Puisi buat Bulanku Langitku IA

Orang baik dan sepucuk surat

Telah  aku kirimkan warkah itu isinya cinta dan kasih aku entah siapa dia datang bersama angin dari paksina  menyeru serapah jiwaku  hingga benar aku jatuh dalam matanya. aku tidak tahu isi hatinya aku tidak fasih membaca tulis rangkainya katanya dia sayang tapi suratnya kepadaku sarat berisi keliru berhari hari kutafsir warkah itu berhari juga aku dibelenggu tanya wahai orang baik tulismu sarat, aku bingung membacanya aku gagal mentafsir matamu wahai orang baik warkahku jelas tulisku, aku benar kasih dapatkah kau membacanya? wahai orang baik ini mawah putih kukirim  bersama warkah merah jambu tanda suci rasa  dan subur cinta  simpan ia rapi  sebagai kenangan paling setia dari aku yang pernah berparut luka dihempas dunia. Wahai orang baik simpan rapi kasih aku PUISI DITULIS BUAT SENJAKU

Aku akan pulang

Tuhan Tolong turunkan hujan seberatnya malam ini aku ingin menangis melaung tanpa seorang manusia pun tahu kerana aku telah terlalu lelah menangis tanpa suara aku ingin teriak dan menari dibawahnya hujan agar mereka mengira aku sedang berbahagia  aku ini sudah lupa rasanya bahagia aku sudah lupa bagaimana ikhlasnya tersenyum kerana segalanya aku lakon lakonkan agar tidak ada yang turut bersedih dengan lemasku tidak ada yang turut menangis melihat matiku kiranya kata mereka senyumku manis padahal yang terkandung disitu cuma sakit pedih mereka kira bahuku kukuh padahal lebih dari separuh ia telah roboh Mereka kira kakiku kuat padahal telah berdarah darah ia aku seretkan Tentang perih dan jatuh.
​agar kembang yang kujaga tidak punah Aku memilih untuk tidak menyentuh dekat Menjauh pergi Agar wangi yang kupuja tidak haus Aku memilih menatap dari kolam airmata Agar yang kupuja tidak luka Aku memilih disini Menulis rindu dalam ratapan senja dan berbalik kanus Dan begitulah hari hari mendatang.. Maaf...