Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Manira dan sebulan yang lalu

Dalam ingar ingar bahana ini manira masih sepi rasa yang memecahkan baluhan hati yang menciptakan desing desing sunyi dan nafas menjadi turun naik serentak dengan airmata yang menjadi kolam di ribaan. kiranya pemergian manira sebulan yang lalu dari daksina lalu ke paksina seperti satu kesilapan yang tak habis mahunya menyelamatkan diri dari lautan dalam arkian itu,tercampak pula di tanah berduri. kemana manira harus pergi? kekal berteman duri atau tenggelam kembali dalam sebaji di sini manira menjadi tulu, sebal dan walang semuanya bercampur baur mencacau mungkin inilah iradat yang perlu manira relakan

gelap dalam terang

Dalam terang benderang sejauh mata memandang dan diantara cahaya yang gilang gemilang ada jiwa yang sepi merundum ada bahagia yang perginya tak pulang ada nafas yang bertabah menyekat air di kolam mata kalian semua tidak akan terlihat sunyi di balik malamnya kerana telah dibutakan dengan senyum di cerah hari dan dituli kan dengan ketawa yang terlampau palsu hidup cuma memperlihat apa yang mahu menutup apa yang tidak perlu dan menangislah sepuasnya di beranda sepi. Kuala Lumpur 21.51 pm

kupu kupu

kupu kupu cantik boleh terbang bebas tapi masih hinggap di dahan kontang tidak sombong pada lalang mesra pada bunga bunga kupu kupu tahu hidup bukan keseorangan perlu mendengar menuntut kebersamaan

kamar tenat

kamar tenat kekasihku ambillah aku dari kamar lesu ini sediakan sayap dua untuk aku terbang ke sana ke satu tempat yang aku nampak dalam pejam padangnya hijau lalangnya dicondong angin persis warna kuning kuning dan di antara padang dan lalang ada pula air mengalir bertingkat tingkat aroma sejuknya segar di mata mengalir lurus membentuk kolam di bawah di puncak lereng lereng sepi pula tegak lurus pohon pohon pinus memayung subur ungu lavendar sejauh mata memandang aku masih nampak segarnya dan semua keindahan bersatu membentuk rupa yang tak akan terjumpa dimana mana hanya ada segar subur yang sakit yang lelah yang parah juga turut akan  bugar bawalah aku ke sana kekasihku. 10.56 malam wad U1041 PPUM

sekadar tulisan biasa utk anakku Danisha

maafkan umi atas kekhilafan umi.. maafkn umi krn umi msh kurg.. maafkn umi andai blm jd yg trbaik bt kakak.. tapi..umi nak kakak tahu yg umi sygkn kakak sepenuh hati umi lbh dr sgl yg umi punya stiap usaha umi dr dulu smpai skrg hyalah bt kakak..demi kakak.. umi nak jd seorg umi yg dpt kakak banggakan.. umi nak tinggalkn pada  kakak ksh syg yg tak pernah berbelah bagi umi nak tinggalkn pd kakak smgt dan ketabahan umi supaya dewasa nanti kakak jd wanita yg tabah dan redha.. kakak..jgn pernah  takut dgn badai.. krn badai itu dari dulu makanan kita.. jgn prnh tkt dgn rebah krn apa yg umi punya dlm hidup umi bermula dr rebah dan rebah itu akhirnya membuat kita mnjadi tabah.. kakak..trm ksh mnjd ank umi yg mengerti yg tau menghargai yg sentiasa ada mengesat airmata umi menemani umi dlm badai hidup kau sikecil yg istimewa .krn kau fahami sesuatu yg sukar..memberi umi berjuta semangat bila umi lemah.. kakak..umi doakn semoga nanti kakak mnjadi insan yg dpt umi bang...

diari bonda jelita

dari diari bonda untuk jelita telah bonda rakamkan sengsara bonda dari setiap sudut penjuru jiwa telah bonda catatkan pengembaraan bonda yang penuh luka dari dahan dahan yang gugur tewas saat bonda berpayah demi Jelita.. sepertinya bonda tercampak di lautan dalam segala apa di lautan ini mengkaramkan bonda tapi,demi Jelita yang menanti di persisiran sana bonda renangi penuh harapan bonda harus tabah demi Jelita harus mematahkan takut sengsara harus utuh kaki berdiri dalam apa jua rasa kerana bonda punya Jelita Jelita darah ini darah kita perjuangan ini kita bersama meski kau masih anak bonda yang kecil kau seakan mengerti lara hidup bonda kerana sejak di ketuban bonda lagi kau mengerti ombak rasa dari bonda jadilah Jelita anak yang tabah kelak besarmu pertahankanlah hidup bonda kerana dengan tabah dikau ditimang bonda! dengan bertahan bonda ada disisimu.. sentiasalah ada disisi bonda jangan takut dengan derita Dari bonda untuk jelita

kau tahu kau siapa

ku kirim kau mawar putih mewangi tidak berduri semoga sampai kepadamu ku kirim kau seutas kemaafan yang tidak kau pohon semoga sampai kepadamu kukirim kau cebisan doa hadiah dengan mujarab Al Fatihah semoga kau ingat aku dengan secebis rasa kasih mahupun kasihan kerana luka nanah yang kau kirim ini tidaklah membuak dendam semoga sampai kepadamu kau kirim aku mawar hitam berduri dan luka ianya telah sampai kepadaku.

hitam kelabu

ketika kutatap kepingan cermin kaca didepanku hanya hitam kelam dan kelabu pilu yang muncul lalu mata pada cermin kaca pun turut berkaca kubiarkn ia pecah dan berderaian seirama dalam dada yang penuh sebak dan sebu jasad pada cermin itu sudah lesu jiwa yang terkandung di dalamnya sudah parah hatinya telah menjadi abu mati dan berterbangan di sana sini yang kekal dicerminan itu cumalah jasad tanpa jiwa kosong kisah hidupnya tragis dan sadis