Angin Belah
Tahjud membangunkan aku pada malam rahsia
seumpama mimpi aku terdampar di persisiran biru
mataku terasa kabur bingung di mana
segera memaksa tubuh bangkit sedar
kucuba bangun melawan lemah tubuh
ada angin meniupku tumbang
dan berkata gerun kepadaku:
"jiwa, telah tiba waktu ku asingkan belahanmu
lepaskan apa yang kau genggam ditangan
kerana tidak lama lagi ia terlucut
meski kau genggam erat
angin yg akan tiba tidak lama lagi begitu berat hembusnya
meloloskan segala di tanganmu
benar, telah aku baca takdirmu begitu"
mendengar berita itu terasa beku seluruh tubuhku
aku harus bertanya kali ini.
"bolehkan kau tahan sebentar angin itu
berilah aku sedikit masa saja lagi
merasa yang indah buat terakhir kali
merasa hangat kasih buat kenangan abadi
sebelum pergi selamanya"
permintaanku cuma di sapa angin berat yang dikatakannya tadi
menunggu aku melepas sebelum ia membebas
dan kubuka perlahan genggaman tanganku
kulihat berterbangan memori berbentuk cahaya
dan aku melihat ia bebas dalam airmata menitik berat
cuma akur dan melihat ia pergi sehingga hilang dari pandang.
tersedar aku di dalam telekung putih
dalam genggam tangan yang terlepas
terasa kaku di sejadah
dan ku sujud lagi memohon jalanNYA..
Ulasan
Catat Ulasan