Terima Kasih

Dihadapkan di depanku menu berdarah
memaksa aku untuk menelan atau melihat
dan kupilih untuk kubutakan mataku
umpanya tiada apa apa.

Didengarkan di telingaku cerita kejam pembunuhan jiwa
memaksa aku untuk mendengar atau membiar
dan kupilih untuk kupekakkan telingaku
umpamanya tiada apa apa.

dibutakan mata,dipekakkan telinga
bukan tidak mahu melihat kebenaran
bukan membiarkan kekejian
tetapi kubataskan lidah dari berkata murka
kujaga hatiku dari tertusuk pedih
mata dan telingaku menyuruh aku menjadi bisu
menzahirkan senyum.

aku lebih memilih dilihat seperti buta, tuli dan bisu
tidak tahu apa
segalanya penuh di dada kecewa

Allahuakbar.
La Haula Wala Quwwata Illa Billah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Namamu

Bulan