Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Terima Kasih

Dihadapkan di depanku menu berdarah memaksa aku untuk menelan atau melihat dan kupilih untuk kubutakan mataku umpanya tiada apa apa. Didengarkan di telingaku cerita kejam pembunuhan jiwa memaksa aku untuk mendengar atau membiar dan kupilih untuk kupekakkan telingaku umpamanya tiada apa apa. dibutakan mata,dipekakkan telinga bukan tidak mahu melihat kebenaran bukan membiarkan kekejian tetapi kubataskan lidah dari berkata murka kujaga hatiku dari tertusuk pedih mata dan telingaku menyuruh aku menjadi bisu menzahirkan senyum. aku lebih memilih dilihat seperti buta, tuli dan bisu tidak tahu apa segalanya penuh di dada kecewa Allahuakbar. La Haula Wala Quwwata Illa Billah..

Angin Belah

Tahjud membangunkan aku pada malam rahsia seumpama mimpi aku terdampar di persisiran biru mataku terasa kabur bingung di mana segera memaksa tubuh bangkit sedar kucuba bangun melawan lemah tubuh ada angin meniupku tumbang dan berkata gerun kepadaku: "jiwa, telah tiba waktu ku asingkan belahanmu lepaskan apa yang kau genggam ditangan kerana tidak lama lagi ia terlucut meski kau genggam erat angin yg akan tiba tidak lama lagi begitu berat hembusnya meloloskan segala di tanganmu benar, telah aku baca takdirmu begitu" mendengar berita itu terasa beku seluruh tubuhku aku harus bertanya kali ini. "bolehkan kau tahan sebentar angin itu berilah aku sedikit masa saja lagi merasa yang indah buat terakhir kali merasa hangat kasih buat kenangan abadi sebelum pergi selamanya" permintaanku cuma di sapa angin berat yang dikatakannya tadi menunggu aku melepas sebelum ia membebas dan kubuka perlahan genggaman tanganku kulihat berterbangan memori berbentuk cah...

PERBUALAN JIWA DI DUA NISAN

Imej
Assalamualaikum Mohammmad Fareez bin Mohammad Rosli Jasadmu yang dibawa pergi wahai adik menuntut airmata mama hingga ke saat ini Tragedi berdarah yang tertulis buatmu menyebat jiwaku melihat ayah yang semakin susut diseksa rindu di telan dunia memujuk mama yang hilang nafas lemas dalam lautan airmata rebah semangatku.. aku kakakmu meski kita berbeza dihujung pangkal nama bapa meski kita tiada iras rupa aku kakakmu yang ketiga mencium dahimu ketika kau lahir aku kakakmu yang memimpin kau bertatih sehingga belari aku kakakmu yang pernah memandikan dan menyuap kau makan aku kakakmu meski apa saja nama kita berbinti aku kakakmu meski kita bertelingkah sentiasa aku kakakmu yang menyayangimu sepenuh jiwa kerana kita dibesarkan dengan keringat ayah yang sama aku kakakmu yang kini segalanya berlegar kenangan tentang kamu. aku kakakmu kerana yang lebih besar kita lahir dari rahim mama kita berkongsi duka yang sama kita ketawa di bawah bumbung serupa kerana darah...

Mohammad Fareez- dia pahlawanku

Malam ke-17 ianya dingin dan sepi dingin dari angin yang entah dari seberang mana dingin yang menyejuk beku detak jantung dingin yang sedingin 4.30 pagi ketika dikhabarkan kehilangan sepi malam ini sepi sepi yang memecahkan baluhan hati sepi sama sesepi pagi  pertama yang kasih berpergian sama seperti sepi 10 jam aku menanti sampai pada jasadmu yang tak bernyawa sepi tak ubah seperti ketika aku tiba di rumah kita dan kau telahpun dilenakan di bawah tanah sepi yang sesebak tidak dapat kita berjumpa terakhir kali rindu rindu yang menjenguk malam ini semacam sungguh berkali kali kukirim sesuci Al-Fatihah berkali kali suaramu berbisik kasih ditelinga berkali kali senyummu terlukis di pejam mata sepertinya aku bermimpi yang panjang mimpi yang bersambung sambung sedihnya "Angah,angah,angah" kau seorang saja memanggil manja nama itu kerana kau seorang saja adik yang aku punya dan suara itu seperti kedengaran malam ini membuat aku rindu..rindu..rindu.. Mohamma...

kelopak mawar yang terpisah

Ku kira kuntum mawar merah ini telah layu meski yang memegang kuntumnya masih hijau segar ia tunduk suram,kembang juga telah kuncup tidak aku biarkan merah berahi ini berduka di situ setelah dipuja ketika kembangnya dan disudutkan ketika tunduk lantas ku gugurkan satu persatu kelopak anggun terpisah dari hijau daunnya beralaskan dulang yang menadah pada mata kasihku mawar ini cantik begini dihias tanpa nyawa walau hanya sementara setidaknya masih berguna lebih elok dari di kuntuman tapi layu lebih elok dari di dahanan tapi tersudut terbuang hingga nanti kering mati berganti.

Kehilangan (Al-Fatihah kpd adik tercinta)

aku angankan kau menemani tiap sunyi sepi aku yang heningnya memecah dada aku harapkan kau ada mendengar liku liku derita yang aku pasti kau akan mengerti aku bayangkan kau ada di sini menjadi sesuatu untuk aku bersandar aku impikan kau lebih dari mana yang kau tahu tapi tidak tidak mungkin tapi tidak tidak akan dan ku kirim kau mawar putih mewangi semoga sampai kepadamu dalam zikirnya ku kirim kau seutas rindu dari bacaan Yaasin yang kau tunggug tunggu semoga sampai kepadamu kukirim kau cebisan doa hadiah dengan mujarab Al Fatihah semoga sampai kepadamu kau telah dipusarakan 7 hari yang lalu ketika tali nafas putus melepas simpul hari demi hari kujenguk kau di pusara bernyawa hari demi hari rindu bersarang dalam airmata ketika kau dipusarakan detak jantung ini berpalu sepi bila rindu datang menjenguk harus kuingat kau telah pergi ketika aku menjenguk pusaramu bersama mawar mewangi mawarnya kutabur dan durinya kutelan pedih hanya hitam kelabu yang timbul ...